SERVIS - JUAL BELI DI servismurah.com

Untuk menggunakan 'servismurah', anda perlu mendaftar sebagai ahli. Jangan risau, pendaftaran adalah PERCUMA. Tidak perlu membuka akaun berbeza.

Servis anda dibeli, pihak servismurah mengambil sebahagian dari bayaran penuh kepada servis itu sebagai komisen.

  • Servis-servis yang ditawakan di ‘servismurah’ dipanggil 'Servis'
  • Buyer Servis dipanggil 'pembeli'
  • Seller, yang menawarkan Servis dipanggil 'penjual'
  • Harga servis yang ditawarkan bermula RM10 - RM500 mengikut level.

Penjual (Seller)

Penjual (Seller) yang sentiasa menjaga kualiti yang ditawarkan dan selalu

  • Membuat promosi servis melalui media social seperti facebook, twitter dan blog.
  • Sentiada menjaga kepuasan pelanggan anda.
  • Menyiapkan Servis dalam masa yang ditetapkan.
  • Memberi kerjasama sewajarnya agar kedua pihak bersetuju dengan setiap Servis ditawarkan.

Bayaran yang diterima oleh penjual (seller).

Harga Servis Pendapatan Penjual (Seller)
RM10 80%
RM20 80%
RM25 80%
RM30 80%
RM35 80%
RM40 80%
RM45 80%
RM50 80%

Pembeli (Buyer)

Servis dapat dibeli menggunakan Bank Transfer yang akan ditopup dalam akuan anda.

Setelah pembayaran disahkan, satu halaman pesanan akan dibuat secara automatik di servismurah.com. Sekiranya akaun anda mempunyai baki mencukupi, ia akan dapat digunakan apabila anda membuat belian.

Sebagai Buyer, maklumat peribadi anda sentiasa dirahsiakan. Untuk melindungi privasi anda, jangan meminta atau memberikan maklumat perhubungan anda seperti alamat email, facebook, Skype/IM, nombor telefon atau sebarang informasi lain. Berkongsi maklumat perhubungan adalah dilarang sama sekali dan boleh menyebabkan akaun anda dibekukan atau ditutup.

Langkah ini adalah untuk memastikan keselamatan pengguna. Sekiranya berlaku sebarang penipuan, setiap perbincangan dan komunikasi melalui servismurah.com boleh diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan. Sekiranya komunikasi dilakukan di luar platform, adalah amat sukar untuk pihak berkuasa menjalankan siasatan kerana kekurangan bukti.

Buyer juga dilarang sama sekali membuat bayaran terus kepada Seller menggunakan sebarang kaedah. Sila buat pembayaran melalui servismurah.com kerana sistem kami adalah terkawal dan selamat. Ini adalah untuk keselamatan dan privasi anda. Sekiranya semua perbincangan dan transaksi melalui servismurah.com, ini dapat memudahkan untuk mengesan sebarang persoalan dan pertikaian sekiranya timbul.

Sekiranya ada Seller yang meminta untuk dibayar menggunakan kaedah selain dari melalui servismurah.com, sila laporkan terus kepada servismurah.com

Sekiranya terdapat masalah, sila cuba selesaikan secara baik dengan Seller terlebih dahulu. Sekiranya anda perlukan bantuan, sila hubungi servismurah.com. Semua bayaran yang anda buat untuk Servis yang anda beli tidak dibayar serta merta kepada Seller, jadi sekiranya pertikaian dengan Seller tidak dapat diselesaikan, servismurah.com akan melakukan refund kepada akaun anda untuk anda gunakan untuk pembelian Servis lain di masa depan.

Keselamatan, privasi, keselesaan dan kepuasan anda adalah keutamaan kami.

Menguruskan Pembelian Servis

Apabila pembeli (buyer) membeli atau membuat pesanan untuk sesuatu Servis yang ditawarkan oleh penjual (seller), dia akan dimaklumkan melalui email oleh sistem servismurah.com. penjual (seller) dikehendaki menyiapkan Servis mengikut tempoh masa yang telah penjual (seller) sendiri tetapkan sewaktu membuat dan mengisi penerangan Servis yang ditawarkan. Sekiranya penjual (seller) gagal menyiapkan dan menghantar Servis kepada pembeli (buyer) pada masa yang ditetapkan, Buyer berhak untuk membatalkan pesanan.

Pembeli (buyer) dan Penjual (seller) mempunyai pilihan untuk membatalkan mana-mana pesanan dengan persetujuan bersama. Pembatalan Servis melalui proses ini tidak memberi kesan kepada Rating Seller. Namun begitu pembatalan yang terlalu banyak boleh menyebabkan Servis yang ditawarkan oleh Seller dibekukan sementara.

Sentiasa Berhati-hati Sewaktu Berurusan

Untuk memastikan keselamatan dan privasi pengguna, identiti pengguna hendaklah sentiasa dirahsiakan. Meminta dan memberi alamat email, Skype/IM, nombor telefon atau sebarang maklumat perhubungan adalah dilarang sama sekali. Segala komunikasi, perkongsian informasi dan fail hendaklah dijalankan melalui sistem servismurah.com secara eksklusif. Ini untuk membolehkan sebarang masalah, pertikaian atau apa-apa perkara berbangkit dapat disiasat dan diselidik dengan tepat yang telus. Pihak servismurah.com tidak akan bertanggungjawab di atas segala kerugian atau apa-apa perkara berbangkit yang dialami oleh pengguna servismurah.com sekiranya perkara ini tidak dipatuhi.

Memuatnaik atau menghantar maklumat atau informasi menyalahi undang-undang Negara Malaysia, biadap, menghina, melanggar etika, perlindungan akta hakcipta, mempromosi, spam, ganas, mengarut atau sebarang maklumat yang tidak sesuai dengan norma rakyat Malaysia adalah dilarang sama sekali. Sekiranya ada pengguna yang melanggar peraturan ini dan dilaporkan kepada pengetahuan servismurah.com, akaun anda akan dibatalkan serta-merta tanpa sebarang notis dan pembelaan.

Penghantaran Servis Dan Komunikasi

Semua pengguna adalah bertanggungjawab untuk melakukan scanning untuk mengesan virus dan malware ke atas setiap fail yang dimuatnaik ke servismurah.com. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau kerugian daripada penggunaan servismurah.com, atau sebarang maklumat dan informasi yang dimuatnaik atau dipindahkan melalui servismurah.com

Seller perlu menghantar Servis yang telah disiapkan atau bukti penghantaran melalui ruang ” Servis Telah Disiapkan” yang terdapat di halaman pesanan Servis.

Setelah dihantar, Buyer perlu memeriksa dan memberi respon dalam masa 3 hari. Setelah 3 hari, pesanan akan ditandakan “Siap” walaupun tiada respon dari Buyer.

Pelupusan Kredit

Semua Baki Akaun akan dilupuskan jika tidak log masuk ke servismurah.com selama 6 BULAN.

Terdapat 2 cara untuk menggunakan baki kredit anda.

Sila kemaskini akaun anda di bahagian Maklumat Bank untuk memudahkan pihak kami pindahkan ke akuan bank anda.

Kemaskini akuan : http://servismurah.com/app/user/settings

Pemindahan wang mengambil masa 7 hari waktu bekerja.




*Dikemaskini sehingga 18/02/2017